Thursday, 8 December 2011

LeBih BaiK DiaM


ABU TAHIR Az-Zuhri menceritakan bahawa seorang lelaki telah hadir di majlis Kadi Abu Yusuf, tapidia tidak bercakap atau bertanya sedikit pun.
''mengapa engkau tidak mahu bercakap?'' tanya Kadi Abu Yusuf.
''ya, saya akan bertanya.''
''Silakan.''
''bila orang berpuasa boleh bebuka?''
''apabila matahari telah terbenam'' jawab Abu Yusuf.
''kalau matahari tidak terbenam juga sehingga tengah malam?''tanya lelaki itu lagi.
mendengar itu, Kadi Abu Yusuf tertawa terkekeh sambil berkata:'' memang betul diammu itu. akulah yans silap sebab mengajakmu bercakap.''

No comments: