daripada anas bin malik r.a, rasulullah s.a.w bersabda : ada 3 golongan yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan,iaitu :keluarganya, hartanya dan amalannya.2 diantaranya akan kembali dan yang 1 lagi akan tetap tinggal menyertainya. keluarganya dan hartanya akan kembali sedangkan amalannya akan tetap setia bersamanya.
-hadis riwayat bukhori dan muslim-
keterangan-inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga tiga golongan ini. isteri yang kita cintai dan anak kita yang amat disayangi serta kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ketanah kubur dengan air mata yang berlenangan. dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk diliang lahad dengan hanya berpakaian kain putih dan beralaskan tanah. hanya amalan kita yang dapat membantu kita untuk menjadi teman sejati di dalam kubur. amalan kitalah yang akan menyebabkan kubur itu lapang dan bercahaya atau sebaliknya gelap gelita dan sempit.masyaallah.jika kita berpulun di dunia untuk medapatkan pahala untuk bekalan yang abadi di akhirat kelak. walaupu kita hanya hidup di dunia ini yang penuh dengan pancaroba terutama di akhir zaman ini.ingatlah bahawa kita masih perlu melalui iaitu di padang mahsyar nanti selepas kita berada di alam barzakh.
#ambillah ia sebagai renungan dan untuk kebaikan kita juga yang hidup di akhir zaman yang penuh dengan dugaan hidup..
No comments:
Post a Comment